Nooramyrah
Saturday, May 02, 2015
0 Comments
Assalamualaikum 😊
Sementelahan Penang ni banyak tempat yang menarik, molek lah kiranya anak jati Penang ni berkongsi tempat tempat tu semua. Ye dok? Hahaa. Ayat kemain kau! :D
Hari khamis bulan April tahun 2015, bersamaan dengan cuti pertengahan semester, iolls dengan kawan kawan iolls bersemangat isi free time dengan plan untuk pergi hiking Monkey Beach. Yeahhh! Dah lama dah nak pergi baru sekarang menjadi. Hihii.
Monkey Beach, atau nama selainnya setelah di translate, Teluk Duyung. Ehh, bukan sepatutnya 'Pantai Monyet' ke? Hahaa. Entah lah labu, mungkin tak sesuai untuk pelancongan agaknya kalau letak nama dia pantai monyet, sebab bukan ada monyet pon dekat sana, kera ja yg banyak. Hihii. Orang selalu pergi Monkey Beach ni untuk hiking, tapi kalau taknak hiking pon ok ja, boleh naik bot. Selalunya tourist laa yg banyak ambik bot. Ye lah, diorang kan tourist, memang datang untuk makan angin ja.
Board laluan ke destinasi
So pagi tu iolls pergi dengan 3 orang kawan yg lain. Kami mula hiking lebih kurang pukul 9, dan macam yang tulis dekat board, amek masa 1 jam 15 minit untuk sampai Monkey Beach. Masa daftar dekat kaunter nanti akan dapat kertas arah, so tak payah risau lah kalau kalau sesat ke kan. Hahaa.
Monkey Beach atau Pantai Kerachut?
On the way masa start hiking tu, akan ada penunjuk arah samada nak ke Pantai Kerachut atau Monkey Beach. So, kami memang dari awal plan hiking monkey beach, then we just take our way there.
Lepas dah sepenuh tenaga penat naik turun bukit, sampai laa kami dekat Monkey Beach tu. Rupanya, takda lah lama sangat pon, dan tak lah semput sangat, sebab jalan hiking tu tak naik atau turun mencuram sebab dia bukan naik puncak, haa, tu yg tak semput. Hehee.
Sampai ja dekat Monkey Beach tu, terus aim kedai makan best2 dekat situ. Takda laa banyak sangat kedai makan, ada laa dalam dua tiga ja. Tapi aim ja, tak pergi makan lagi, sebab kawan2 iolls semangat nak hiking lagi, katanya tak puas. Dekat Monkey Beach ada laa few water sports macam kayak, banana boat, jetski, then ada riding horse, ATV pon adooo. Hahaa. Kami pon relax2 laa kejap, amik angin pantai, rest buang peluh penat, dannn selfie uolls. Hahaa.
So dah habis relax2 kami pon decide untuk sambung hiking Light House pulak. Dari Monkey Beach ke Light House amik masa dalam 30 minit ja. Kali ni hiking dia betul2 rasa semput, sebab naik puncak. Daripada 30 minit ja bajet, kami hiking lebih kurang sejam oohhh. Mana taknya, setiap 100m checkpoint kami berhenti. Penat dohh. And it needs 1200m untuk sampai puncak! From 500m checkpoint,stops at every 100m checkpoint, and guess how many time do we stop?? Hahaha. Dasar tak boleh jadi pendaki betul laa aku ni.
Bila dah nampak rupa Light House tu, punya lah lega. Ye lah, dah sampai. Hahaa. Naik ja light house tu, subhanallah, cantik dia tenang dia kalah macam pergi honeymoon. Hahaa. Nampak sangat nipu nye. Hihii. Tapi memang cantik laa. Lepak atas tu kejap kasi hilang penat sampai rasa macam nak tertidur dah. Dia punya angin tu lentok sangat. Hahaa. Lepak dekat sejam atas tu, baru lah kami turun.
Time turun tu kemain laju lg, 20 minit dah sampai. Dah tak kenal erti semput dah. Hahaa. Turun tu kami pergi makan relax2 lg, pekena ais dengan maggi goreng. Okay2 laa rasa dia. Lepas dah kenyang perut suka hati, kami pon gerak balik. Balik pon hiking lagi. Tapi, masa kami balik tu, air laut dah mula pasang, so aluran air antara pantai tu dah naik air. Kalau masa pagi tu boleh je langkah jalan centu ja, tp bila dah air pasang, nak menyeberang pon tak boleh, basah. So cancel hiking, kami amik bot untuk balik. Bot ni boleh book siap2 masa sebelum hiking lagi, takpon ada ja orang2 bot yg akan selalu offer " kak nak naik bot kak?". Haaa, gitu lah. Harga bot ni RM40 ja, kongsi2 lah dengan yg naik sekali dengan kita tu.
Dah puas hiking, its time to go home! Haha. See ya! Daaa.










