Assalamualaikum.
Salam sejahtera. Salam kerjaya!
(acewwahh. hahaha)
Bila kita dah semakin meningkat usia ni, banyak fasa yang akan kita lalui dalam hidup. Dari fasa pra-matang ke fasa matang, fasa meningkat umur, fasa alam perkahwinan, berumahtangga, beranak-pinak, sehinggalah ke fasa bertemu Pencipta kita, tu pun satu fasa tau. Banyak jugak fasa hidup ni kan? Ni semua jadi ikut masa jugak. :)
Tapi yang myra nak kongsi ni adalah fasa berkerjaya. Sebab nya myra tengah melalui fasa tu. tehehe. Sebelum ni memang myra penah kerja, tapi kerja ala-ala ja, tak serious mana pun, tapi kali ni kerja yang perlu komitmen. Myra sebenarnya tak sangka yang myra akhirnya dah masuk alam kerjaya ni. Maknanya selangkah je laa lagi nak masuk alam perkahwinan kan? ehh ehh. kesitu pulak. Hahaha. Whats wrong with dat dude? Wishlist every people in the world kot. Hehehe.
(google image)
Nak dijadikan cerita, Alhamdulillah, myra dapat offer kerja dekat Expeditor as Customer Services Assistant.
Myra pernah hampir-hampir give up masa tunggu result interview. Nak dekat 2 bulan jugak lah baru dapat. (nasib gua tak depression. hhaaha.) Mungkin ada sebab kenapa lambat dapat, and now I know the reason and hikmah behind it.
Masa dapat tu memang bersyukur sangat sebab sebelum tu memang dalam otak ni "tak dapat kerja tu pon tak pa lahhh", disebabkan give up punya pasal. Mahu tak give up? Bila hari-hari kau cekidaut email, satu pon takda yang " Sukacita dimaklumkan, cik bla bla diterima bekerja....." urghhh. Can you feel what I feel buddys? Yaa. Thats what I feel.
Jadi, konklusinya, setiap orang ada peluang dia sendiri, ada yang rezeki datang awal, ada yang datang lambat. Tapi tak kesah lah, yang penting tanamkan dalam hati, "Allah ada laa tu nak bagi apa-apa kat aku". Tuah ayam nampak di kaki, tuah kita? sendiri jugak laa yang merasa. Jadi sabar itu penting. :)
Till here, kisah myra. Meet again at another room. :)


No comments:
Post a Comment